Sekali lagi kita kembali selepas perkongsian yang lalu.
Walaupun sudah reda (reda ke?) akan berita Facebook beli WhatsApp, tapi jangan dilupa juga pengajaran disebaliknya. Oleh itu mari kita sambung:
6. Kekalkan fokus dan minat adalah SANGAT PENTING.
Sebenarnya startup yang hanya fokus kepada perkara yang difokuskan adalah lebih elok daripada mereka yang fokus kepada banyak benda. Itulah yang menjadikan dunia startup ini menarik! WhatsApp sebagai contoh, hanya fokus kepada pengguna sahaja. Dan Facebook pula telahpun setuju untuk membenarkan WhatsApp bergerak sendiri tanpa pengaruh luar. Dengan itu, barulah WhatsApp boleh majukan servis dan perkhidmatan dan juga mengekalkan semangat keusahawanan bagi mereka yang bekerja di WhatsApp.
7. Mudah-alih adalah segala-galanya.
Dulu komputer memang hebat. Dekat mana-mana saja ada, betul tak? Sebab semasa Internet sedang hangat digunakan, semua orang sibuk menggunakan komputer untuk guna Internet. Komputer akan terus menjadi penting dan masih digunakan, tetapi mungkin penggunaannya akan berkurang.
10 tahun dulu, komputer adalah segala-galanya, tetapi kini banyak syarikat yang hanya nak mudah-alih sahaja. Kini mudah-alih sememangnya dah jadi satu pilihan untuk syarikat-syarikat zaman sekarang.
8. Mereka yang ‘menyerang’ akan menang, bukannya yang ‘bertahan’. Dan yang ‘paranoid’ saja yang akan terus kekal hidup.
Facebook memang nampak nilai yang sangat besar apabila mereka dah dapat WhatsApp (disamping banyak lagi portfolio bisnes digital yang Facebook ada) tapi sebenarnya benda-benda ini nampak lebih kepada Facebook mempertahankan bisnes mereka. Ini kerana Facebook terus ambil tindakan untuk tidak membiarkan sesiapa saja (termasuk Google dan juga orang lain) daripada merampas platform media sosial yang baru ini kerana risau suatu hari nanti WhatsApp akan menggantikan Facebook sendiri sebagai raja media sosial. Walaupun nilai transaksi agak tinggi (memang tinggi gila) tapi secara strategiknya, ia adalah satu langkah yang bijak.
9. ‘Venture capital’ menjadi tumpuan lagi.
3 tahun lepas, Sequoia Capital melaburkan sekurang-kurangnya $60 juta ke dalam WhatsApp dan kini dilaporkan bahawa nilainya kini dah pun mencecah $3 billion. Setelah berdekad asyik dapat pulangan yang biasa-biasa saja, akhirnya pelaburan syarikat itu sudah mula menunjukkan hasil.
10. Bubble 2.0?
Berikutan kejadian ini, ramai yang mula bertanya “Facebook ni nak jadi ‘bubble company‘ ke?
Bubble company ialah syarikat yang nilainya naik tinggi daripada yang diramalkan. Maka ramailah yang beli saham dengan harapan agar dapat pulangan yang tinggi. Tetapi akhirnya, saham yang dilaburkan tidak bernilai. Itulah saat bubble itu ‘meletup’.
Tapi realitinya, syarikat boleh membesar dengan pantas dan menghasilkan keuntungan dan pulangan dengan sangat pesat sehinggakan melebihi jangkaaan. Dan banyak juga syarikat yang disalah ukur nilainya dan ada juga yang tidak. Oleh itu janganlah pukul rata semua kasi sama.
Itu sahajalah bahagian kedua untuk pengajaran dari pembelian WhatsApp oleh Facebook.
(Sumber artikel dari Steve Case)