AkmalDesigns.net

Pengajaran Dari Pembelian Whatsapp Oleh Facebook (Bahagian 1)

Berita pembelian WhatsApp oleh Facebook sangat mengejutkan orang ramai kerana nilai pembeliannya yang mencecah 19 billion! WOW! Memang mengejutkan. Walaupun WhatsApp sudah dibeli oleh Facebook, banyak pengajaran yang boleh kita dapat darinya jika kita lihat dari sudut yang lain (yang mungkin ramai terlepas pandang). Antaranya:

1. Manusia saling memerlukan

Ya memang manusia suka berhubung/berkomunikasi. Kalau dulu kita boleh lepak-lepak dan sembang dekat kedai kopi (walaupun orang kata buang masa) tapi sebenarnya kita tak sedar yang kita sebenarnya menjalinkan hubungan. Dan bila tiba pula zaman moden Internet ini, teknik komunikasi tu telah menjadi lebih mudah dan ringkas dengan kemunculan aplikasi seperti WhatsApp dan lain-lain.

Banyak sungguh aplikasi yang dah wujud sejak baru-baru ni. WhatsApp la, SnapChat la, Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain. Walaupun nampak banyak sangat pilihan tapi tujuan aplikasi tu semua satu je = menghubungkan sesama insan.

2. Sesiapa saja boleh buat perubahan dalam dunia ini.

Jika dilihat kembali, para pencipta WhatsApp adalah mereka yang usahawan. Iaitu Jan Koum (pelarian Ukraine yang hidup dengan makanan bantuan semasa muda) dan Brian Acton yang telahpun di-reject Facebook sewaktu beliau meminta kerja dengan Facebook pada tahun 2009.

Ramai yang sangka mereka takkan berjaya kerana banyak sangat aplikasi macam WhatsApp masa mereka mula-mula muncul. Macam biasalah, bila kita nak start something akan ada je orang yang akan kata “kau tak boleh/kau takkan berjaya” semua tu kan? Sama la macam mereka ni semua.. tapi diorang peduli apa, teruskan usaha, percaya pada visi dan kumpulkan ahli pasukan yang sama passion maka terhasillah sejarah pada hari ini.

3. Penggunaan internet kini semakin meluas.

WhatsApp kini dah cecah 450 juta pengguna yang aktif setiap bulan dan bertambah 1 juta pengguna baru setiap hari. Ini adalah kenyataan yang sangat luar biasa. Ye lah dulu zaman *ehem* Streamyx *ehem* berapa kerat je yang online? Tapi sejak penggunaan meluas akibat peredaran zaman maka ramailah yang suka online. Sekarang ni saja dah 2.5 billion pengguna yang online. So kalau nak capai 450 juta pengguna dalam masa 4 tahun tu memang tak mustahil.

4. Pemasaran kini *mungkin* semakin ketinggalan..

Pemasaran viral ialah teknik pemasaran yang terbaru. Hanya dengan viral saja dah membolehkan produk terjual dengan sendirinya. Dan WhatsApp hanya perlu bina satu aplikasi yang simple tapi power dan dengan senangnya orang boleh share kepada kawan-kawan dia tentang betapa bagusnya aplikasi ni. Dan atas sebab-sebab inilah yang membuatkan WhatsApp mempunyai 450 juta pengguna. Ianya tersebar macam angin.

5. Bakat ialah segala-galanya.

WhatsApp sebenarnya mensasarkan target untuk menghubungkan 1 billion pengguna di seluruh dunia, tetapi sebenarnya pasukan WhatsApp ni hanya ada 50 orang saja yang telahpun mencipta aplikasi ni dalam masa 1 malam sahaja. Benda ni memang mengejutkan semua orang betul. Walaupun kompeni besar sekalipun. Kuncinya di sini, hanya kompeni yang mempunyai bakat yang paling hebat akan menang.

Itu sahaja bahagian pertama untuk pengajaran dari pembelian WhatsApp oleh Facebook. Kita akan sambung lagi dalam bahagian kedua nanti.

(Sumber artikel dari Steve Case)

Akmal Izzat

Akmal Izzat

'Orang tengah' yang menghubungkan peniaga dengan pelanggan. Suka membantu mereka yang ingin memulakan perniagaan di internet tetapi tidak tahu caranya.