AkmalDesigns.net

Zaman Facebook Berakhir?

  • Zaman Facebook bermaharajalela sudah tamat?

  • Zaman kegemilangan Facebook sudah habis?

  • Zaman menjual di Facebook dah berakhir?

Maaf jika tajuk sedikit hype. Tapi sebenarnya ini bukanlah artikel menakut-nakutkan sesiapa, tetapi ini adalah kajian kes kenapa Facebook bukan tempat untuk kita bergantung 100% dah sekarang ni untuk peniaga di Facebook.

 

1. Facebook Profile Boleh Kena Ban/Sekat.

Ramai yang gunakan Facebook untuk relax/chatting/santai. Tapi ada juga yang gunakan untuk berhubung dengan pelanggan/prospek di Facebook. Bila kita selalu buat follow-up samada dalam group atau di profile, kita sebenarnya boleh disekat daripada add friend/update post dalam group dan macam-macam lagi.

Kenapa?

Sebab aktiviti kita yang luar biasa tu Facebook tak suka. Dia ingat kita spam barangkali. Itulah yang berlaku. Jadi apa boleh buat? Kena tunggu sampai sekatan hilang sajalah.. so ramai peniaga frust dan beralih arah ke WhatsApp dan saluran komunikasi yang lain.

 

2. Facebook Pages Boleh Hilang Bersebab/Tanpa Sebab.

Baru-baru ni, ramai peniaga Facebook marah apabila banyak pages mereka hilang. Dan terbaru pula sekarang ni banyak akaun Facebook Ads disekat kerana melanggar syarat yang ditetapkan Facebook.

Paling teruk kalau Facebook pages kita tiba-tiba hilang tanpa sebab. Ini boleh mendatangkan marah kerana penat-penat buat iklan/kumpul likes beratus-ribu tapi kena delete. Apa pun tak boleh.

So apa boleh buat? Jangan langgar peraturan Facebook dan ikut peraturan Facebook sajalah.. jangan main terjah saja. Bahaya.

 

3. Facebook Group Hilang Bersebab/Tanpa Sebab.

Ini benda terbaru yang terjadi baru-baru ini. Dilaporkan ada secret group dibuang oleh Facebook atas sebab yang tidak diketahui. Bayangkan kita ada beratus-ribu pengikut yang berkualiti dalam group tu dan tiba-tiba sahaja group tu hilang.. tanpa sebarang back-up. Ini lagi tidak adil.. nampak sangat Facebook memang boleh buat apa saja yang dia suka.

Jadi apa boleh buat? Wujudkan satu website/forum untuk kumpul segala post berkualiti dan pembaca setia kita dalam satu tempat.

 

Pendek kata..

Jangan bergantung di Facebook 100%. Sangat bahaya dan sangat tak berbaloi kerana Facebook ni bukan kita punya! Bila-bila saja boleh kena buang. Lebih baik bina saluran/tapak sendiri di Internet berbanding kita tumpang Facebook.

Bagi yang tiada website lagi, masih tak terlambat untuk bina website. Sudah masanya untuk tukar cara kita bawa pelawat untuk mencari kita.

Memang Facebook/media sosial masih boleh digunakan, tapi sampai bila? Lebih baik sediakan tempat sendiri sebelum tenggelam dalam lautan media sosial.

Akmal Izzat

Akmal Izzat

'Orang tengah' yang menghubungkan peniaga dengan pelanggan. Suka membantu mereka yang ingin memulakan perniagaan di internet tetapi tidak tahu caranya.