AkmalDesigns.net

Telegram: Pengganti WhatsApp?

whatsappvstele

Zaman sekarang ni ada satu perkataan baru untuk pemasaran yang akan tiba = pemasaran secara berkumpulan.

Sejak WhatsApp dibeli oleh Facebook dan tiba-tiba sahaja WhatsApp tak boleh diakses selama 5 jam berturut-turut, pengguna tiba-tiba beralih ke Telegram. Adakah Telegram akan jadi pengganti WhatsApp?

 

Apa istimewanya Telegram ni?

Pengguna boleh je nak gunakan Facebook Messenger, LINE atau Kik, tapi ramai pula yang gunakan Telegram. Ada sesuatu yang istimewa dengan Telegram ni..

Telegram memang rasa macam klon WhatsApp. Mana tidaknya, semua elemen WhatsApp ditirunya. Tapi apa yang WhatsApp tidak punyai pada Telegram ialah keselamatan dan kelajuan aplikasi tersebut.

 

Keselamatan yang tinggi

Inginkah anda tahu yang Telegram mempunyai tahap keselamatan yang tinggi sampaikan Telegram menawarkan $200,000 untuk sesiapa saja yang berjaya hack telegram?

Itulah kekuatan Telegram. Sedangkan hanya aplikasi yang ramai orang guna sahaja (seperti Windows) yang sepatutnya menggunakan taktik bayar harga tinggi jika ada orang berjaya hack aplikasi yang diberikan.

Telegram datang dari Russia. Dan sememangnya Telegram dicipta supaya pihak Russia tak boleh curi tengok apa yang dihantar dalam Telegram.

Telegram tu sendiri boleh kita tentukan bila mesejnya akan dipadam secara automatik. Macam SnapChat gitu.

 

Boleh pasang di komputer / PC

Tapi yang paling menarik ialah Telegram boleh dipasang di komputer atau PC. Tak seperti WhatsApp yang terlalu mengawal penggunanya, Telegram memang boleh terus pasang di PC tanpa perlu software Android.

Tak mengapakah beri secara percuma? Jawapan untuk soalan ini Telegram jawab = kalau dah habis dana, kita akan minta derma saja.

Tetapi yang paling penting ialah waktu Telegram muncul adalah paling tepat sekali waktunya iaitu ketika WhatsApp dibeli Facebook dan sewaktu WhatsApp tidak boleh diakses selama berjam-jam.

 

Kesimpulan WhatsApp vs Telegram

Walaupun hebat Telegram, tetapi nak minta kawan-kawan kita tukar kepada Telegram pun susah juga. Walaupun kos nak tukar aplikasi hampir-hampir tiada. Sebab, jika pengguna senang nak tukar aplikasi, takkan Facebook nak bayar $19 billion senang-senang dekat WhatsApp?

Jika WhatsApp memang kuat disebabkan kebolehan untuk menghantar teks ke sempadan negara lain (walaupun NSA mengumpul data teks pengguna), maka untuk menjadikan Telegram kuat, Telegram haruslah KUAT dari segi KESELAMATAN.

Akmal Izzat

Akmal Izzat

'Orang tengah' yang menghubungkan peniaga dengan pelanggan. Suka membantu mereka yang ingin memulakan perniagaan di internet tetapi tidak tahu caranya.