AkmalDesigns.net

Teknik Iklan Tradisional Dah Tak Berkesan?

ad-tekniklamatakberkesan

 

Ini satu benda yang tak ramai perasan: teknik iklan tradisional dah tak berkesan. Kalau dulu kita dipaksa tengok TV, paksa dengar iklan radio dan paksa baca iklan di suratkhabar/majalah, zaman sekarang ni pembeli dah boleh pilih apa yang mereka nak baca dan dengar di internet.

 

Tapi masih ramai yang sombong, degil!

Ramai yang sangka mereka kebal, ada duit. Jadi mereka kata teknologi zaman sekarang ni tak penting, dan mereka tetap teruskan dengan teknik lama mereka.

Dan akhirnya, makin ramai dan ramai yang suka update status Facebook, Twitter, Instagram dan akhirnya = melancong ke Internet berbanding tengok TV dan baca majalah.

 

Salah satu cara yang paling berkesan zaman sekarang ini ialah dengan melibatkan pengguna dalam produk kita.

Macamana nak libatkan pengguna? Dengan cara meyakinkan pelanggan.

Nak jual apa-apa pun, orang mesti yakin dengan kita. Ini cara paling mudah untuk yakinkan pelanggan.

 

1) Banyakkan berkongsi tentang perniagaan kita

Kongsikan maklumat BERKAITAN bisnes kita di Internet. Tapi ingat, jangan banyakkan bercerita tentang kita sahaja, kongsikan maklumat yang pengguna boleh kaitkan diri mereka dengan kita.

Sebagai contoh, sebagai penjual fesyen wanita, kongsikan bagaimana pemakaian fesyen kita yang betul boleh membuatkan pengguna lebih menyerlah dan bertambah yakin daripada bercerita siapa kompeni kita dan produk-produk kita sahaja.

 

2) Berikan ‘hadiah’ kepada pelanggan

Tak perlu berikan ‘hadiah’ yang besar, ‘hadiah’ berupa ilmu bermanfaat, produk percuma yang berkesan pun sudah berupaya membuatkan pelanggan suka dengan kita.

 

3) Sentiasa berinteraksi dengan pelanggan.

Gunakan medium internet untuk berinteraksi (sekaligus mendekatkan pelanggan dengan kita). Gunakan apa jenis saluran tak kisah FB, Twitter, Instagram dan lain-lain lagi untuk berkomunikasi dengan pelanggan.

Dan paling penting, dengan segala jenis channel pemasaran yang ada di internet sekarang ni, jika kita ingin serius, kita kena wujudkan tapak sendiri.

Antara tapak yang boleh kita hasilkan untuk kumpul bakal pelanggan dan peminat ialah dengan melalui website.

Website kalau digunakan dengan betul, boleh menjadi majalah online yang ramai boleh singgah dan ramai boleh share sekaligus memudahkan kita jual barang secara online!

KLIK SINI jika nak belajar bina blog yang boleh jadi majalah online..

Akan datang saya akan share lagi betapa jauhnya kita telah tiba di medium Internet ini dan bagaimana mahu gunakannya untuk kembangkan lagi bisnes kita yang dah sedia ada.

Akmal Izzat

Akmal Izzat

'Orang tengah' yang menghubungkan peniaga dengan pelanggan. Suka membantu mereka yang ingin memulakan perniagaan di internet tetapi tidak tahu caranya.