Seni memulakan perniagaan adalah sangat senang jika tahu mana nak mula. Ramai yang ingin memulakan perniagaan tetapi tak tahu bagaimana nak mula. Ada yang terus jual barang tanpa sebarang persediaan, ada pula yang masih menanti saat yang sesuai untuk berniaga dan lain-lain. Tetapi, apakah langkah memulakan perniagaan bagi mereka yang baru berjinak-jinak ke alam perniagaan ini?
Bagi yang ingin memulakan perniagaan tapi tak tahu mana nak mula, AkmalDesigns.net cadangkan supaya anda boleh ambil langkah ringkas ini:
1) Beli buku/ebook berkenaan perniagaan.
Rajin-rajinkan diri membaca buku ataupun ebook berkenaan topik perniagaan. Jangan risau, buku-buku yang diterbitkan itu memang sesuai sebagai permulaan. Penting untuk kita tahu asas perniagaan barulah kita boleh pergi ke tahap yang seterusnya. Bukan main terjah sebarangan saja..
Bila dah tahu formula perniagaan, barulah kita akan nampak yang apa jenis perniagaan yang dijalankan sekarang ini sebenarnya menggunakan konsep yang sama.. iaitu menjual produk/servis yang menyelesaikan masalah orang ramai.
2) Hadiri seminar perniagaan.
Baca buku sebenarnya tidak mencukupi. Sekadar asas sahaja. Lagipun, menghadiri seminar ni sebenarnya lagi seronok kerana kita akan dapat belajar daripada orang yang berjaya menjalankan perniagaan!
Seminar-seminar perniagaan adalah sangat menguntungkan sebab bukan saja kita dapat pendedahan berkaitan perniagaan, tetapi kita juga akan dapat belajar benda yang baru dengan lebih mendalam lagi sebab belajar dengan orang adalah lebih berkesan daripada membaca buku sahaja.
Zaman kini menyaksikan banyak seminar perniagaan yang dianjurkan usahawan setempat. Ambil peluang ini dan hadirilah seminar tersebut sambil-sambil berkenalan dengan ramai orang yang mempunyai minat yang sama.
Mana tahu anda juga bakal berjumpa dengan teman perniagaan nanti, siapa tahu?
3) Banyakkan bergaul dengan para peniaga.
Bila kita dah buat semua ni, cara untuk mula berniaga tu akan nampak dengan jelas, terang, tertulis dan nyata.
Tapi ada satu step lagi yang perlu kita buat kalau kita betul-betul nak mula berniaga:
4) Mula dengan apa yang kita ada.
Semua orang boleh pergi jauh tapi mesti mula dengan langkah yang pertama dulu. So langkah yang pertama itu tak lain tak bukan ialah benda yang boleh kita buat dengan kuasa kita sekarang ini.
Apabila kita dah mula buat dengan apa yang kita ada, insyallah kita akan tahu langkah seterusnya.
So tunggu apa lagi? TERUSKAN USAHA dan BUAT!