Baru-baru ini para peniaga di Facebook dikejutkan dengan berita Facebook yang dah mula sekat pages dan akaun di Facebook disebabkan penggunaan yang tidak berapa elok.
Saya ingatkan khabar angin, rupanya ia sedang berlaku.
Bagi kebanyakan peniaga yang tak bernasib baik, page mereka banyak hilang… sayang sekali kalau tak simpan maklumat pelanggan.
So apakah cara nak elak benda ni daripada berulang?
1) Salurkan pemasaran ke channel yang lain.
Banyak lagi channel yang ada, Youtube, Twitter, Instagram. Bersepah. Gunakan semua channel yang ada, jangan lekat di Facebook sahaja. Kalau kita berharap di Facebook sahaja, habislah kita jika Mark Zuckerberg hilangkan page kita.
Ada dah peniaga yang telahpun hilang page mereka (walaupun likes dah beratus-ribu) tapi ada Facebook kisah? Memang tak jawabnya.
2) Mulakan dari awal, kumpul dan simpan senarai pelanggan/bakal pelanggan.
Ini silap besar kalau tak kumpul. Susahnya kita saja yang tahu kalau Facebook page hilang. Banyak dah student saya punya page hilang, tapi disebabkan ada yang simpan nombor pelanggan maka selamatlah sekarang ni.
Sebabnya, bila kita dah ada senarai pelanggan, kita lebih senang menjual kepada mereka berbanding kita mencari pelanggan baru. Juallah produk kita berkali-kali kepada pelanggan kita, tak ada masalah jika mereka dah suka.
3) Bina website sebagai pusat rujukan bisnes kita.
Paling penting, wujudkan website untuk bisnes kita. Jika page di Facebook hilang, kita tak perlu risau sebab kita ada website yang boleh orang datang dan baca apa yang kita nak kongsikan ataupun hubungi kita pada bila-bila masa sahaja. Dan juga senang dicari di Google.
Yang bagusnya website gunanya untuk back-up perniagaan kita di media sosial. Supaya, apabila Facebook ke, Instagram ke, Twitter hilang ke kita tak perlu risau sebab pelanggan masih boleh cari perniagaan kita di website.
Ingat! Mereka yang bersedia untuk jangkamasa yang panjang akan untuk pada jangkamasa yang panjang. Memang buat duit di media sosial masyuk katanya tetapi jika perniagaan kita untuk short-term maka short-term jugalah bisnes kita di internet.
Pilihan di tangan anda. Jangan biarkan perkara ini berulang. Buatlah backup untuk bisnes anda!