Salam semua! Di harap semuanya berpuasa dengan ok di bulan Ramadhan ini.
Tahun ini menyaksikan banyak perniagaan di internet yang tumbuh macam cendawan selepas hujan. Tapi musim raya nak dekat, ada orang takut nak berniaga sebab ada yang fikir pembeli nak simpan duit sebab nak raya.
Sebenarnya musim Ramadhan laa waktu yang paling best untuk berniaga! Sebab ramai orang simpan duit untuk beli barang-barang yang diperlukan untuk raya nanti! Tapi, apakah produk-produk laku keras sebelum raya?
OKlah saya akan berterus-terang.
Bergembiralah para peniaga yang menjual:
-
Keperluan sebelum raya
- Pinggan mangkuk
- Servis repair kereta
- Tiket bas
-
Fesyen
- Lelaki
- Baju raya
- Songkok
- Sampin
- Kasut
- Wanita
- Tudung
- Baju kurung
- Kerongsang / brooch
- Kasut
- Lelaki
-
Makanan
- Kuih Raya
- Samperit
- Bahulu
- London Almond
- ..dan lain-lain lagi
- Panduan buat kuih raya
- Kuih Raya
-
Kesihatan
- Ubat kuruskan badan
- Krim pelebat rambut
Ubat kuat- ..dan lain-lain lagi
-
Kecantikan
- Krim kecantikan muka
- Krim/sabun rawatan muka
- Lipstick
- Eyelashes
- Mekap
- Bedak
- ..dan lain-lain lagi
-
Panduan buat duit sempena raya
.. atau apa saja benda yang berkaitan dengan raya.
Sebab, musim Ramadhan ini banyak orang yang cari barang yang berkaitan dengan raya! Apa saja! Tak kisah baju ke, kasut ke, kain ke, semua dicarinya!
Masih tiada sales?
Apa? Masih takde orang beli lagi?
Jawapannya senang = banyakkan MARKETING… itu saja. Kalau tak ramai orang beli, itu bermakna marketing tak cukup lagi. Kena banyakkan lagi! Buat macam-macam jenis iklan! Cuba bermacam-macam jenis tulisan dan gambar! Dan buat selalu.
Itu sahaja.
Sekian terima kasih.
Walaupun orang sangkakan jualan akan sedikit suram di musim Ramadhan ini, tetapi jangan percaya sangat. Sebab sebenarnya kita masih boleh buat sales masa bulan puasa ni. Orang lagilah membeli di bulan Ramadhan ni! Tapi pastikan produk betul laa..