AkmalDesigns.net

Mengambil Kesempatan di Dalam Persaingan Bisnes

Hai anda semua, apa khabar? Saya harap semua sihat.. hari ini saya ingin bertanyakan satu soalan, apakah rahsia kejayaan di sebalik sesuatu produk?

Okay katakanlah anda ada produk/servis yang hebat, siap dengan banner/design yang cantik lagi tu dengan barang free/report free. Lepas tu, anda buat apa pulak?

Tahukah anda apakah caranya untuk mengambil kesempatan di dalam bersaing perniagaan dengan pesaing anda?

Caranya ialah, dengan menggunakan pemasaran yang efektif.

Beginilah tuan-tuan dan puan-puan semua, ini adalah fakta. Banyak bisnes yang berjaya di dalam dunia ini yang tidaklah hebat mana produk/servis/harganya tetapi bagaimana dengan pemasarannya? HEBAT SEKALI!

Jadi adakah anda mempunyai pemasaran yang lebih baik daripada pesaing anda?
Berapa ramaikah pesaing anda yang mengambil kesempatan menggunakan pengiklanan banner? Sebagai contoh (saya ambil contoh banner design), mari kita lihat persaingan anda…

Kita tengok lagi.. berapa ramaikah pula yang aktif menukar banner untuk test banner mana yang lebih berkesan? Jika kita tengok dengan lebih mendalam lagi, berapa ramai yang tukar banner mereka selepas ianya mula tidak mendatangkan hasil?

Saya andaikan hanya sedikit orang saja yang menukar banner mereka.. jadi apakah maksud ini semua??

Ini bermaksud, jika anda boleh mara satu langkah ke hadapan daripada pesaing anda (dalam segi pemasaran), anda menang.

Oleh itu saya berikan kepada anda 3 formula kemenangan yang anda boleh guna untuk mengalahkan pesaing anda:

 

  • Gunakan banner sebagai medium pengiklanan anda. Percayalah, banyak pesaing anda yang sebenarnya malas nak ambil peduli pasal banner ataupun sibuk bercakaran sesama sendiri dalam SEO.
  • TEST banner anda! Rahsia orang yang berjaya adalah SELALU MENCUBA! Kadang kala, hanya pengubahsuaian yang sedikit pada banner anda dah boleh mendatangkan hasil yang berlipat ganda! Contohnya saiz banner, tajuk utama, grafik, apa yang anda offer dan lain-lain. Ini adalah perkara-perkara yang boleh anda cuba ubah untuk mendapat pulangan ROI.
Tips Power: Jikalau anda ingin menjadi superstar di dalam bidang pemasaran, cuba hasilkan banner dan mesej yang sesuai untuk setiap target pemasaran anda.
  • Cuba pusingkan banner anda. Saya nak tanya: adakah anda rasa banner anda sekarang ni akan berkesan pada 5 tahun yang akan datang? Mestilah tak! Orang akan naik bosan akhirnya walaupun banner anda bagus pada mulanya. Biasalah, benda-benda macam ni sering berlaku dalam bidang pemasaran. Hanya sedikit perubahan saja yang diperlukan untuk terus berkuasa di pasaran.

Akhir kata, sentiasa pastikan diri anda adalah satu langkah ke hadapan dari pesaing anda!

Itu sahaja untuk entri kali ini! Selamat mencuba dan selamat maju jaya!

Akmal Izzat

Akmal Izzat

'Orang tengah' yang menghubungkan peniaga dengan pelanggan. Suka membantu mereka yang ingin memulakan perniagaan di internet tetapi tidak tahu caranya.