[alert type=”alert-info” close=”no”]Special Entry!
Salam semua. Oleh kerana Facebook AkmalDesigns.net dah mencecah 1000 (1001 ketika artikel ni ditulis) maka saya ada entry special kali ni.[/alert]
Sejak baru-baru ni banyak betul orang yang berlumba-lumba kumpul likes dekat Facebook. Penting ke sebenarnya?
Likes ni dah macam nyawa dekat Facebook pages pulak. Ada yang kumpul sampai sejuta, ada yang kumpul berpuluh-puluh ribu, ada yang kumpul ala-ala kadar je dan ada yang tak kumpul langsung.
Tapi persoalan sebenar di sini ialah = penting ke?
Ada orang kata kumpul likes ni boleh menaikkan populariti pages kita, betul ke boleh naikkan populariti?
Sebab saya dah banyak kali dah buat workshop Facebook kelolaan satu syarikat ni. Memang banyak student tanya saya ‘macamana nak dapatkan/tingkatkan likes‘.
Saya jawab senang je, guna je lah iklan Get More Page Likes atau buat je Page Post Engagement sambil kumpul likes. Tapi baru-baru ni saya share something yang membuatkan student terfikir sekejap.. iaitu
Boleh ke likes yang banyak-banyak ni mendatangkan keuntungan?
Sebenarnya bagi saya, tak penting langsung pun sebenarnya likes ni. Kalau kita buat iklan atau promosi di Facebook semata-mata nak dapatkan likes, sebenarnya kita punya tujuan berniaga di Facebook dah salah.
Sebab likes berjuta-juta tu tak semestinya mereka semua tu mendatangkan keuntungan. Betul tak?
Saya tahu mesti ada yang dah dapat beribu-ribu likes tapi takde keuntungan, sebabnya gitulah = kita cari likes ke atau cari untung dekat Facebook ni?
Tepuk dada tanyalah selera. Janganlah buat iklan berterabur meminta likes dari mereka yang tidak dikenali. Sebabnya sekali dah banyak, tapi tak membawa kepada keuntungan, kita saja yang rugi.
Dan buat pengetahuan semua, saya hanya buat iklan untuk dapatkan likes sekali saja seumur hidup saya. Masa tu tahun 2013, lepas tu je stop sebab saya jumpa cara yang lagi best untuk buat untung dekat Facebook daripada mencari likes.
Dulu saya memang galakkan students untuk dapatkan likes yang banyak, tapi realitinya tak seindah bilangan yang banyak itu. Tak berbaloi pun cari sebenarnya kalau cari pun. Lebih baik biarkan orang yang betul-betul berminat je yang like page kita. Dan kita hanya fokus dekat benda yang lebih penting saja iaitu marketing.
PS: Dulu likes saya 3 angka je tapi boleh buat sales 4 angka. Nampak sangat likes tak membantu langsung sebenarnya :p