AkmalDesigns.net

Iklan Yang Tidak Menjual...

Salam, semoga sihat dan kekal produktif sentiasa..
Baru-baru ini saya kerap melayari internet untuk mencari maklumat tapi ada sesuatu benda yang menarik minat saya untuk dikongsikan bersama untuk tatapan semua.. iaitu Iklan Yang Tidak Menjual…
Sedih memikirkan nasib banner-banner ini. Design dah cantik produk sudah bagus tapi takda orang klik.. kenapa ya? Saya dah kaji selidik, dan sebabnya senang saja = banner dia tak suruh orang klik..
Ya! Kita sebenarnya perlu menyuruh orang klik supaya orang boleh tahu tentang produk kita! Setiap klik adalah untuk  mendapatkan sale, oleh itu ‘menjual’ banner melalui klik adalah perlu!
Cuba contoh banner ini:
Adakah anda akan klik? Mestilah klik punya kalau nak tahu dengan lebih lanjut. Murah tu RM200 heheh! Saya berani katakan banner ini adalah sangat berterus terang, direct to the point dan ia suruh anda supaya klik untuk mengetahui dengan lebih lanjut (inilah gunanya sales page!)
Anda juga boleh guna cara bagi tempoh percubaan ke, trial ke, tempoh masa ke.. semua boleh, janji you suka..
Sedangkan ayat KLIK SINI saja orang dah klik.. sebab pengguna internet dia suka tekan links dan butang-butang CLICK HERE (menurut satu kajian). Kenapa tak gunakan kajian ini dalam banneranda?Kalau anda tak percaya, anda boleh cuba pergi mana-mana website yang ada banyak iklan dan tengok banner mana yang boleh buatkan anda klik 🙂
Akmal Izzat

Akmal Izzat

'Orang tengah' yang menghubungkan peniaga dengan pelanggan. Suka membantu mereka yang ingin memulakan perniagaan di internet tetapi tidak tahu caranya.