AkmalDesigns.net

Harga Pos Malaysia Naik? Apakah Alternatifnya?

Wahh apa ni?? MAHALNYA HARGA POS MALAYSIA!!

Habislah bisnes! Terpaksa cancel order! Tutup bisnes! Apa pun tak boleh!!

Itulah yang terjadi baru-baru ni di internet. Kecoh para peniaga di internet akan kenaikan harga ini. Iyalah, ramai yang buat bisnes menjual barang ke luar negara dan selama ini mereka sangat-sangat enjoy perniagaan ini kerana kos penghantaran yang murah ke luar negara.

Tetapi baru-baru ini, semuanya sudah terbalik.. dengan harga yang secara tiba-tiba dinaikkan oleh Pos Malaysia, telah menyebabkan ramai orang marah dan hampir-hampir menutup perniagaan mereka. Berikut ialah rentetan seorang peniaga di Facebook..

Rungutan Peniaga
Maaf, bahasa agak kasar sedikit.

Mana tidaknya, FedEx masih kekalkan harganya, cuma Pos Malaysia sahaja yang menaikkan harga yang melampau kepada peniaga di Malaysia. Berikut ialah senarai harga Air Parcel Pos Malaysia:

Senarai Harga Pos Malaysia Ke Luar Negara
Surprise, surprise. Saya pun terkejut juga dengan kenaikan harga ini.

Kenapa boleh jadi begini?

Sehingga kini masih tiada penjelasan yang jelas mengenai ini. Walaupun banyak khabar angin di luar sana, kami di AkmalDesigns.net ingin menegaskan bahawa berhati-hatilah akan apa yang anda dengari.

Apakah alternatifnya?

Bagi yang pening dan ingin mencari alternatif lain yang jauh lebih murah dari Pos Malaysia, jangan risau. Anda boleh gunakan satu servis yang dipanggil Web2Ship.com.

Web2Ship.com - Alternatif kepada Pos Malaysia
Web2Ship.com – Alternatif kepada Pos Malaysia

Harga yang dikenakan pun agak murah, siap ambil dekat rumah lagi tu! Boleh lawati website mereka untuk info yang selanjutnya..

Kesimpulan

Walaupun bahang PRU masih terasa lagi, jangan cepat menuding jari sesama sendiri jika benda yang kita tak boleh kawal terjadi. Sebaliknya, marilah kita cari penyelesaian kepada masalah yang melanda. Itu adalah lebih baik daripada bergaduh berjam-jam lamanya tanpa hasil. =)

Akmal Izzat

Akmal Izzat

'Orang tengah' yang menghubungkan peniaga dengan pelanggan. Suka membantu mereka yang ingin memulakan perniagaan di internet tetapi tidak tahu caranya.