Fuh banyak betul orang buat vibe coding ya sekarang ni… apa tu vibe coding?
Vibe coding ni ialah salah satu cara nak bina aplikasi menggunakan bahasa perbualan manusia. Yes, kita berbual dengan AI, dan depa kasi tau camana nak buat apa yang kita.
Canggih betul teknologi sekarang ni, memang canggih.
Maka ramailah yang lancarkan app masing-masing, dah tak perlukan developer, buat sendiri je beb guna AI.
Tapi saya perasan satu problem besar lepas launch = tak terbang selepas pelancaran. Apa jadi?
Sebabnya, kalau syok membina apps, kita lupa… kenapa kita bina apps tu? Adakah customer perlukan app kita? Atau syok sendiri saja? Pesaing camana? Lepas tu apa plan nak tarik orang lagi? Dan macam-macam soalan lagi yang kita mungkin nak tanya diri sendiri kenapa lepas launch terus diam..
Lepas tu sibuk dengan belajar shiny new things yang viral sekarang ni… macam Clawdbot aka OpenClaw. App tersedia ada? Tersidai…
Samalah macam sebelum ni, pattern sama saya nampak. Dulu sibuk belajar internet marketing sana sini, tak pun launch produk… sekarang ni sama je, duk sibuk belajar AI, bisnes entah ke mana..
Sekarang ni, realiti vibe coding semakin perit.
Yes, vibe coding memang bagus. Tetapi oleh kerana kita terlalu bergantung kepada servis AI, berapa banyak kita kena spend untuk AI credit? Ye laa, nak AI buatkan kerja, kena guna credit untuk tanya/suruh dia buat apa-apa. Masalahnya sekarang ni, kompeni mula nampak yang kos AI kredit semakin melebihi gaji tahunan seorang developer. Maka dilema lah boss-boss yang bergantung dekat AI.
Akhirnya, ramai kembali mengambil pekerja untuk menggantikan AI. Gen Z semua dah banyak dapat kerja balik.
Sebab AI ni, bukan pengganti, ia hanyalah tools untuk membantu bisnes.
Kita sekarang di era di mana penggunaan AI tidaklah semegah yang disangkakan, bak kata mat salah “the bubble is going to pop” dan ianya dah pun berlaku. Walaupun teknologi AI akan terus kekal, tetapi jangkaan terlebih positif terhadap kepenggunaan AI di dunia sebenar tidaklah seindah/seburuk yang disangkakan.
AI hanya tools saja, AGI memang takkan tiba dengan teknologi yang ada sekarang ni. Itulah sebabnya kenapa OpenAI masih tak boleh buat untung. Sam Altman duk sibuk beli wafer memori banyak-banyak yang masih belum diproses lagi, yang akan digunakan dalam data center yang belum di bina lagi, dan dibeli dengan duit yang tak wujud lagi.
Bukan setakat tu je, penyedia AI pun semakin terkesan dengan AI dari China yang semakin menghampiri kebolehan AI dari barat tetapi dengan harga yang lebih murah. Ingat lagi macamana Deepseek menjunamkan saham OpenAI? Akan datang benda macam ni akan berulang lagi… dan yang paling best, kos akan menjadi lagi murah dan teknologi AI akan lebih accessible.
Sebab tu, jangan mendewakan AI. AI ni bagus sebagai LLM (large language model) sahaja. Kita tanya, dia jawab dengan data yang dah wujud. Itu saja.
Macam Sam Altman dan OpenAI. Disebabkan tiada halatuju, sebab tulah tiba-tiba OpenAI nak buat servis ads dalam ChatGPT. Pelik, tapi itu menandakan ketiadaan halatuju, lebih-lebih lagi pemain besar macam Microsoft, Google dan lain-lain sudah mula membangunkan AI mereka sendiri.
Apa yang saya nak bebelkan dekat sini sebenarnya just nak bagitau yang AI is here to stay. Cuma jangan fokus dekat AI sangat, look at the bigger picture, why?
Bila kita terlalu fokus tapi tak tahu nak bawa AI tu ke mana, last-last kita bazir masa saja… find your why, and get there using AI.
