AkmalDesigns.net

Checklist Design Untuk Iklan Bergambar!

Hello semua!

Kali ni saya nak tulis something yang sangat ringkas. Saya nak tanya, macamana you design banner/iklan ya sebelum ni? Ada planning ke atau main terus letak iklan?

Kalau ada planning, saya ucapkan bagus. Kalau takda, teruskan membaca.

Macam semua benda yang lain, sebelum kita bertindak, kita kena ada planning. So dalam design banner/iklan, adakah kita ikut plan? Kalau takda, sila tengok checklist ni:

Checklist Design Iklan Bergambar

Banner/iklan yang bagus sepatutnya..

  1. Menjual klik, bukan produk
  2. Menimbulkan rasa curiga dan ingin tahu
  3. Menyuruh orang klik
  4. Menonjol di dalam website
  5. TIDAK membosankan!
  6. Menarik perhatian
  7. Ada headline yang menarik
  8. Menggunakan italic
  9. Menanyakan soalan
  10. Menarik perhatian target audience kita
  11. Menggunakan warna-warna cerah seperti warna biru, hijau dan kuning
  12. Jangan banyak sangat tulisan
  13. Pakai tulisan yang besar
  14. Menggunakan grafik yang high-quality
  15. Gunakan gambar untuk menceritakan sesuatu
  16. Jangan guna lebih dari 2 font

 

Kalau tak dapat nak buat semua pun tak apa, tapi elok rasanya kalau dapat tackle semua sebab kalau ikutkan ini adalah standard yang bagus untuk design banner/iklan.

Semoga anda semua dapat praktikkan list ini. Sekian terima kasih.

Akmal Izzat

Akmal Izzat

'Orang tengah' yang menghubungkan peniaga dengan pelanggan. Suka membantu mereka yang ingin memulakan perniagaan di internet tetapi tidak tahu caranya.