Salam semua! Saya tahu takde orang nak bukak Facebook/website awal-awal pagi ni kecuali mereka yang buat bisnes/cari ilmu.
Jadi ini satu perkongsian saya khas untuk mereka yang bangun awal untuk cari ilmu.
Rangkalah plan untuk minggu depan terus.
Kalau kita buat promosi di Facebook, siap-siapkanlah post semua agar siap terus posting kita untuk seminggu. Kalau sebulan lagi bagus.
Pemasaran Facebook: Setkan Post Kita di Facebook Terus Untuk Seminggu.
Kalau menggunakan Facebook pages, kita boleh setkan supaya post kita akan keluar secara automatik tanpa perlu kita tulis lagi benda tu.
Caranya?
- Buka Facebook page kita.
- Tulis status di Facebook page kita.
- Klik butang jam ini
- Setkan bila post kita akan keluar.
- Klik Schedule untuk jadualkan post kita.
- Jika keluar mesej ini, ini bermakna anda telah berjaya schedulekan post anda.
Pemasaran Website: Tulis Artikel Siap-Siap Dekat Website.
Dan pada yang rajin menulis, backup sikit dekat website pun dah jadi dah.. atau siap2 tulis artikel terus lepas tu schedule dekat blog kita bila keluar.
Lepas kita dah tulis artikel kita, jangan lupa untuk setkan masa di sini (menggunakan website WordPress):
- Klik Edit pada bahagian Publish Immediately.
- Pilih tarikh, tekan OK dan tekan butang biru (Publish).
Dan jangan lupa setelah tulis artikel, terus promote di media sosial kita (Facebook). Kalau tak promote memang tak ada orang datang. Kena bawa trafik juga..
Pemasaran Email: Tulis Email Broadcast Siap-Siap.
Bagi yang tulis email lebih baik siapkan content cepat-cepat, nanti sampai masa terus blast je..
Oleh itu, tulislah untuk seminggu terus. Seeloknya tiga kali seminggu. Maknanya disini 3 email terus.
Boleh ambil tajuk ini untuk tulis email:
- Email perkongsian
- Email perbincangan
- Email bertanya khabar
- Email menjual
Siapkan email ni dan lepas tu pilih hari Isnin dan Rabu atau Khamis untuk hantar email. Jangan hantar terus berderet-deret nanti orang cepat boring (dan nampak memaksa sebenarnya).
Walau Apapun: Teruskan Promosi
Dan jangan lupa teruskan promosi juga walaupun sales kurang/takde sales. Lambat laun akan datang juga cuma kita je yang kurang promosi sebenarnya.
Saya pernah pergi ke Pesta Buku Antarabangsa baru-baru ni di PWTC, saya juga perasan ada buku yang bagus dan buku bagus yang popular di booth peniaga. Tapi satu persoalan yang timbul, kenapa buku yang bagus ni tak ada orang beli?
Sebabnya kerana kurang promosi.
Oleh itu teruskanlah promosi. Lagi lama kita buat promosi lagi ramai yang datang. Janganlah buat sikit promosi lepas tu tak ada orang datang lepas tu terus give-up.
Itu sahaja, kita berjumpa lagi dalam perkongsian yang akan datang.