Kita semua mempunyai kemahiran tertentu, tetapi apabila kerja kita memerlukan kemahiran yang kita tidak miliki, kita akan mencari pakar di dalam bidang tersebut. Benda yang sama juga berlaku bila kita design sesuatu benda untuk orang yang berniaga secara kecil-kecilan. Mereka merupakan pakar kepada produk atau servis mereka sendiri tetapi mereka tidak semestinya pakar di dalam graphic design. Oleh itu, mereka akan mencari designer untuk melakukan kerja-kerja design. Dengan bajet mereka yang rendah, mereka mungkin akan mencari designer yang sesuai dengan bajet mereka.
Anda mungkin akan bekerja dengan seorang designer, tetapi bolehkan anda bekerjasama dengannya? Adakah kerja yang dibuat selari dengan projek anda? Betul ke dia tu pro? Atau adakah jenis nak habiskan kerja dengan cepat saja? Apa anda akan buat kalau benda-benda ini terjadi? Diri anda pun bukanlah expert, mesti garu kepala punya kalau tak dapat kerjasama dengan designer anda sendiri. Tapi jangan risau, ikuti saja langkah mudah ini untuk mendapatkan kerjasama sepenuhnya dengan designer anda.
Site Visit / Lawatan Tapak
Apa yang paling penting ialah menyuruh mereka membuat lawatan ke website / portal yang anda ingin letakkan iklan anda di sana. Beritahu designer supaya menganalisa page website tersebut dan kemudian menghasilkan iklan yang menonjol daripada iklan-iklan yang berada di sana. Banner yang menonjol akan mendapat lebih banyak klik daripada banner yang biasa. Proses ini akan memudahkan designer untuk membuat design yang lebih menonjol untuk anda.
Kajian Banner
Beritahu mereka supaya jangan menggunakan terlalu banyak warna di dalam banner anda. Banner anda juga mestilah mempunyai gambaran yang sedikit sebanyak memberitahu apakah jenis perniagaan anda. Warna memainkan peranan yang penting di dalam banner design kerana jika warna menggunakan warna yang tidak sesuai, ianya akan menunjukkan sikap yang tidak professional. Anda juga boleh kehilangan kredibiliti dan orang lain tidak akan klik pada banner ataupun melawat website anda. Kalau boleh, kajilah dulu pesaing anda supaya anda boleh menghasilkan banner yang lebih elok dan menarik.
Design Banner
Banner anda juga janganlah kelihatan terlalu banyak tulisannya. Pastikan kandungannya tepat dan terus menyentuh perkara yang sebetulnya. Jangan tulis perenggan yang terlalu panjang. Ayat yang ringkas sudah memadai untuk menyampaikan mesej anda dengan berkesan. Pastikan banner anda mempunyai kandungan yang boleh dibaca kurang daripada 5 daat. Kebanyakkan orang tak ada masa nak baca tulisan kecil yang panjang. Pastikan banner anda betul-betul menarik untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
Kini dengan langkah-langkah ini anda akhirnya dapat mempelajari cara membuat banner untuk bisnes anda dan cara untuk bekerjasama dengan designer anda dengan betul dan efektif.
Selamat mencuba.