AkmalDesigns.net

Buat Marketing Sendiri Lagi Bagus?

Salam semua! Kalau sebut pasal marketing mesti ramai yang tanya:

  • Macamana nak tarik lagi banyak trafik (pelawat) ke website kita?
  • Macamana  nak dapatkan duit lebih daripada pelawat website kita?
  • Macamana nak kurangkan kos pengiklanan?

Kalau you nak tahu camana nak dapatkan semua benda dekat atas ni, maka you kena buat promosi sendiri.

Buat Promosi Sendiri?

Yes. Kita kena generate traffic/cipta saluran trafik kita sendiri. Tapi kenapa perlu sampai macam tu sekali?

Sebabnya ramai yang bergantung semata-mata kepada JV (joint ventures) untuk produk-produk mereka..

Memang best kalau ada JV/affiliates, sebab kita tak payah pening keluar duit, ajak je JV mesti datang tolong punya. Tapi tahu tak kekurangannya?

Yang tak bestnya kalau JV, kita tak boleh control langsung promosi yang diorang buat..

Okay kalau masa launch semua berkobar-kobar nak buat affiliates, tapi adakah dia akan sentiasa buat promosi untuk kita?

Itu yang tak bestnya..

Tapi ingat! Saya tak kata pun tak bagus buat affiliates dan JV ni, malah you patut buat lagi banyak lagi produk dan affiliate/JV sebanyak mungkin. TAPI! Kalau boleh buatlah satu saluran pemasaran kita sendiri… buat blog ke, promosi sendiri dekat Facebook ke, anything. Janji kita punya sendiri..

Marketing Tak Semestinya Kena Keluar Duit

Ya. Lebih-lebih lagi kalau buat online. Teknik marketing yang betul tak semestinya ‘memerlukan duit’, sebaliknya kalau buat dengan betul, kita boleh jadi kaya.

Sebagai contoh, buat iklan dekat Facebook saja kita dah boleh dapat dengan harga yang sangat murah (hampir-hampir 1 sen per klik!).

Cara lain yang bagus ialah buat iklan dengan menggunakan banner. Ada banyak cara nak buat iklan banner (bergambar) iaitu:

  1. Guna Facebook Ads
  2. Guna website yang buat servis pengiklanan
  3. Guna Google Ads
  4. Tumpang promote di website orang lain

.. dan macam-macam lagi.

Tumpang Promote di Website Orang Lain?

Boleh je kalau kita nak iklankan dekat website orang lain, dengan syarat minta kebenaran dulu lah.

Kalau kita boleh buat saluran trafik kita sendiri, kita adalah bos kepada promosi untuk produk kita sendiri. Tak payah tunggu orang lain, tak payah pening-pening kenapa sales tak masuk.

Kalau kita buat iklan bergambar, lagi best sebab tak payah tunggu affiliate atau JV partner lagi dah. SEO pun tak payah pening sebab orang lain dah uruskan.

Lagi pun, kalau kita buat iklan macam ni, Google pun takkan kacau iklan kita. Tak macam taktik SEO jika kita salah guna saja, tak pasal-pasal boleh kena Google “Slap”.

So, apa yang saya boleh simpulkan ialah, 2013 merupakan tahun yang sesuai untuk kita mulakan marketing sendiri.

Selamat berjaya.

Akmal Izzat

Akmal Izzat

'Orang tengah' yang menghubungkan peniaga dengan pelanggan. Suka membantu mereka yang ingin memulakan perniagaan di internet tetapi tidak tahu caranya.