Sejak perniagaan Internet ni menjadi pilihan peniaga untuk berniaga, ramai yang menggunakan Internet sehabis mungkin untuk menghasilkan jualan.
Tetapi ramai yang tak tahu bagaimana website sebenarnya boleh bantu mereka untuk hasilkan jualan sambil jimat masa dan tenaga. Ramai juga peniaga yang memiliki website tetapi tidak pandai menggunakannya dengan betul. Ada pula yang punyai website tetapi tidak berjaya menghasilkan jualan.
Jadi untuk peniaga di luar sana, bagaimanakah website boleh bantu buat jualan? Ini caranya:
#1 – Letak produk/servis di website agar mudah orang nak baca.
Tulislah ayat jualan untuk produk/servis dan sertakan sekali gambar yang menarik agar pembeli tertarik nak membeli. Dengan cara ini tak perlulah kita susah payah nak menerangkan produk/servis berulang-kali. Hanya bawa mereka pergi ke website dan mereka boleh terus baca dari awal sampai habis. Sekaligus memudahkan kita menjelaskan produk/servis tanpa perlu menerangkannya lagi.
#2 – Sediakan borang tempahan untuk memudahkan tempahan dilakukan.
Ramai orang silap bila tidak menyediakan borang tempahan, sebaliknya masih lagi suruh orang singgah ke Facebook peribadi mereka dan suruh PM/WhatsApp. Saya tidak kata teknik ini tidak bagus, tetapi sebenarnya sampai bila nak letih macam ni? Binalah satu borang tempahan yang memudahkan orang untuk tempah produk. Selalunya dalam borang tempahan akan ada:
- Nama
- No telefon
- Alamat penghantaran
- Poskod
- Negeri
- Produk/servis yang ingin dibeli berserta harga
- Jumlah/kuantiti produk yang ingin dibeli
Dan paling penting, sediakan sertakan sekali arahan yang jelas dan cara pembayaran agar mudah pembeli nak tahu macamana nak bayar. Ramai orang tak sertakan cara pembayaran untuk produk/servis mereka dan akhirnya pelawat tak tahu nak buat apa.
#3 – Bawa pelanggan ke website jualan.
Bila ada ayat jualan, gambar yang menarik dan borang tempahan yang boleh diisi, maka lengkaplah website jualan yang boleh hasilkan jualan. Kemudian tariklah pelawat untuk datang ke website untuk membeli. Jika mahu anda juga boleh promosikan website jualan di Internet agar mudah orang nak beli melalui website menggunakan Google Ads, Facebook Ads dan banyak lagi.
Kesimpulan.
Sebenarnya kita boleh gunakan website untuk buat jualan. Syaratnya kena tahu cara yang betul saja. Website yang bagus akan menghasilkan jualan untuk kita dan memudahkan kita menjual di Internet kerana kita dah jimat masa menjual dengan hanya bawa pelanggan ke website jualan sahaja. Seterusnya pelanggan akan baca dan jika berminat, dia akan terus beli menggunakan borang tempahan yang disediakan.
Saya sendiri pernah latih ramai orang untuk buat jualan menggunakan website, dan tidaklah mengejutkan jika ada yang boleh hasilkan jualan hingga puluhan ribu ringgit melalui website jika tahu cara yang betul. Dan baru-baru ini saya telah temui satu lagi cara yang mudah untuk hasilkan website jualan yang sangat berkesan macam Zalora tapi tanpa perlu labur puluhan ribu ringgit pun!
Jom belajar kedai online sekarang! Klik sini –> https://www.akmaldesigns.net/tutorial-kedai-online/
Panduan ini boleh tolong anda dapatkan kedai online macam Zalora tapi dengan lebih mudah, murah dan lebih praktikal! Perniagaan Internet tidak pernah menjadi semudah ini. Dapatkan kedai online sekarang.