AkmalDesigns.net

AI dan Bisnes

Salam semua. Lama tak berkongsi di sini, lebih-lebih sejak Covid melanda dan saya telah dijangkiti Covid dan ‘merana’ long Covid selama 3-4 tahun. Alhamdulillah semakin sembuh dan bisnes di-sebalik tabir pun kian bertambah, lebih-lebih lagi dengan bantuan AI.

Yes, kali ni saya nak sembang pasal AI. Sejak ChatGPT wujud, lanskap bisnes berubah 360 darjah. Banyak kerja digantikan, banyak kerja dicepatkan dan banyak teknologi berkembang dengan lebih pesat dengan bantuan AI.

Saya tak mahu sembang seolah-olah saya tahu apa itu AI dan apa saranan terbaik bagi anda semua sebab saya guarantee 100% yang pengalaman masing-masing lain. Cara kita guna ChatGPT berbeza, dan saya takkan jadi orang yang kononnya terer AI sebab ChatGPT menjadikan kita semua sama rata.

AI & bisnes.

Saya sedikit kasihan dekat mereka yang masih marah kerana sudah digantikan dengan AI (suggestion saya, please move on).

So kali ni saya just nak share insight saya setelah menggunakan AI untuk bisnes… dan saya boleh katakan, perubahan ini seumpama manusia mula menggantikan proses lama dengan komputer. Dulu ada pekerjaan yang kerjanya hanya menyusun pigmen warna untuk pencetakan tradisional, tetapi sejak komputer wujud dan boleh buatkan semuanya secara automatik, kerja tradisional itu sudah tidak dijalankan. Pastinya ada yang marah tetapi mahukah kita kembali ke proses yang boleh dijimatkan masa dan tenaga serta wang dengan teknologi moden?

Itulah yang berlaku dengan AI.

Ianya tak boleh menggantikan manusia, tetapi ianya boleh memanfaatkan manusia yang menggunakannya. Tapi ramai yang marah bila guna AI adalah kerana mereka menjadikan diri mereka sebagai peralatan untuk meraih pendapatan, maka mereka tak boleh move on kerana peralatan itu telah digantikan dengan AI.

Don’t be a tool.

Gunakan AI untuk improve-kan diri dan bisnes. Sekarang ni sejak ChatGPT wujud, banyak teknologi AI yang peniaga kecil-kecilan tempatan boleh gunakan untuk bantu perniagaan mereka, seperti buat copywriting, buat gambar, buat video/alihsuara, rangka strategi dan ada juga yang buat chatbot untuk bantu reply kepada pembeli untuk close sales, dan macam-macam lagi.

Penggunaan AI dalam bisnes.

Ada banyak jenis kegunaan AI dalam bisnes ni, so saya fokus dekat anda semua yang menjalankan bisnes kecil-kecilan.

1. AI untuk perbaiki bisnes.

Ambil semua data, semua proses bisnes, sumbat masuk ke ChatGPT (atau mana-mana AI pilihan) dan tengok response-nya. Jangan terkejut kalau banyak benda kita tak sedar kita boleh repair.

Kalau guna dengan betul, kita boleh jimat kos dengan elakkan pembaziran yang tersembunyi. Atau kos tersembunyi yang tak pernah kita ambil tahu.

Sentiasa gunakan AI untuk check kesihatan bisnes dan memang cepat boleh repair bisnes sendiri dalam masa yang sangat singkat.

2. AI untuk pengiklanan.

Buat copywriting, buat gambar, buat video = semua boleh buat guna AI. Ada macam-macam servis di luar sana macam ChatGPT, Bing Images, Kling.ai dan lain-lain lagi. Tak perlu hire orang dah, cuma kena pastikan output-nya sesuai dengan apa yang kita nak sajalah.

ChatGPT boleh bantu buat ayat, Google Gemini pun boleh, DeepSeek pun boleh. Bing Images adalah salah satu servis yang sangat cepat dan percuma. Kling.ai pun boleh buat video tetapi kena tunggu turn lah sebab ramai sangat guna.

3. AI untuk sales.

Kalau ada bajet, bolehlah gunakan AI chatbot untuk tolong close sales. Ada banyak cara samada gunakan AI buatan orang tempatan atau bina sendiri. Tapi oleh kerana kita tiada masa, hanya gunakan AI chatbot KALAU bisnes kita sudah berkembang dan sampai masanya memudahkan proses. Ada banyak lagi tapi anda semua tahu apa nak tanya dekat ChatGPT kan?

So, bukalah ChatGPT dan tanyalah dekat sana.

Pengalaman saya? Saya guna semua yang saya share di atas, saya berjaya generate profit tanpa bayar sesen pun dekat ChatGPT. Sebab tu saya cakap, don’t be a tool. Be resourceful. ChatGPT ni sama je dengan Google search tu. Sedekad yang lepas pakai Google pun orang boleh generate income, apatah lagi dengan teknologi AI. Masalahnya bukan pada teknologi, tetapi bagaimana KITA sebagai pengguna menggunakannya.

So prompt-lah apa yang anda mahukan, dan pergi buat. All the best.

So, adakah artikel ni guna AI?

Yes, untuk buat gambar dan tanya apa yang AI boleh buat untuk bantu bisnes local, itu saja. Oleh kerana semua point dari ChatGPT adalah berkenaan bisnes bisnes besar, sebab tu saya pilih untuk fokus binses kecil sahaja. Dan oh ya, semua ni saya still tulis sendiri hehe. Saya ada alasan tersendiri kenapa saya memilih untuk still menulis…

PS: Oh ya, bagi pembeli produk AkmalDesigns.net, jika nak download video lama, boleh je login. Kalau tak boleh, email ke saya dan saya akan bantu.

Akmal Izzat

Akmal Izzat

'Orang tengah' yang menghubungkan peniaga dengan pelanggan. Suka membantu mereka yang ingin memulakan perniagaan di internet tetapi tidak tahu caranya.