AkmalDesigns.net

5 Teknik Berkesan Follow Up Pelanggan Dengan Kerap

  • Pernah dapat pelanggan yang tak membeli?

  • Pernah terima PM di Facebook dari bakal pelanggan?

  • Pernah terima email dari pelanggan tapi tak tahu macamana nak balas balik?

Dan selalunya jika kita ada pelanggan yang pernah menghubungi kita, seeloknya kita follow up dia daripada cari pelanggan baru, sebab mereka yang pernah bertanya/menghubungi kita adalah mereka yang BERMINAT dengan produk/servis kita.

Saya pun pernah juga terima banyak pelanggan yang belum sebelum ni. Dan apabila saya buat follow up, mereka lebih mudah membeli dengan saya daripada mencari pelanggan baru.

Jadi apakah teknik follow up yang berkesan? Sini ada 5 cara yang anda boleh gunakan kalau nak follow up pelanggan dengan cara yang baik tetapi berkesan (bukan main terjah ye).

 

Teknik #1: Tanya Elok-Elok (Peramah & Rendah Diri)

Memang patut pun sebenarnya, sebabnya ramai yang ‘terasa’ bila pelanggan tak respons kepada mereka. Janganlah macam tu. Tahan marah tu sikit boleh tak? Janganlah marah pelanggan sampai pergi tulis “Kenapa tak balas lagi?” atau “Email pertama tak baca ke?”.

Jangan marah macam tu boleh tak? Tanya je elok-elok.. contohnya “Salam, berminat lagi tak dengan <produk> ni? Sebab produk ni tinggal sikit je lagi ni tapi saya simpan satu untuk <nama>”.

Kita tanya elok-elok kita akan dapat respon yang elok-elok.

 

Teknik #2: Jangan Follow-Up Setiap Hari, Cari Waktu Yang Sesuai

Kalau tiap-tiap hari kita hantar email follow up kepada pelanggan kita itu tak bermakna kita ni ambil berat dan menghargai mereka, sebaliknya kita akan nampak macam tak menghormati masa orang tu langsung.

Seeloknya kalau nak follow up pun, pastikan beberapa hari selepas hantar email yang terakhir tu. Kalau kita main hantar je tak bagi ruang langsung kepada pelanggan itu memang dah nampak macam kita ni mendesak sangat. Relax, ambil beberapa hari dulu. Lepas tu barulah hantar email tu. Dan selepas tu cuba buat follow up pula untuk beberapa hari yang seterusnya pula.

 

Teknik #3: Berikan Promosi Jika Mereka Menolak

Kalau kita dah follow up beberapa kali tapi dia masih lagi tak beri respons = berikan promosi/bonus terakhir untuk tarik minat mereka.

Sebagai contoh, boleh saja tulis macam ni “Salam. OKlah <nama> kalau saya beri <bonus> nak tak? Ini last yang saya boleh bagi”

Kalau offer bagus, konfom mereka ambil.

 

Teknik #4: Selarikan Produk Dengan Masalah Pelanggan

Kalau pelanggan selalu tak balas, kali ni cuba samakan produk kita dengan masalah dia. Kalau betul produk kita boleh selesaikan masalah pelanggan, mesti dia akan baca dan hubungi kita. Banyakkan bermain dengan masalah pelanggan yang boleh diselesaikan dengan produk kita.

 

Teknik #5: Tukar Cara Follow Up

Kalau kita selalu hantar email follow-up tapi tak dapat-dapat juga = tukarlah cara kita buat follow up. Cuba gunakan SMS, telefon atau ajak berjumpa. Kadang-kadang pelanggan ni kena betul-betul follow up pada waktu yang mereka boleh di-follow up je sebenarnya. Cuba lagi pada waktu lain dan dengan kaedah lain pula.

 

Tapi kalau mereka memang betul-betul taknak, tak mengapa. Cari pelanggan yang lain. Cuma sebelum kita dapat kata putus dari pelanggan tu, cubalah follow up sampai dapat.

Akmal Izzat

Akmal Izzat

'Orang tengah' yang menghubungkan peniaga dengan pelanggan. Suka membantu mereka yang ingin memulakan perniagaan di internet tetapi tidak tahu caranya.