- Ramai yang sudah pun mula menceburi perniagaan secara online masakini.
- Ramai yang sudah celik IT walaupun sekadar tahu guna Google dan Facebook.
- Ramai juga yang sudah nampak potensi untuk buat duit di internet.
Ya! Kini untuk membuat duit di internet bukanlah tipu helah skim cepat kaya semata-mata! Ianya realiti di depan mata kita sendiri! Dan kini trend berniaga di internet telah menjadi ikutan sehingga pihak kerajaan pun mula menceburi bidang ini. Dan ramai jugalah peniaga yang ingin mencuba berniaga di internet dengan apa cara sekalipun, ramai yang berjaya dan ramai pula, yang masih menanti hasilnya.
Kali ini AkmalDesigns.net ingin berkongsi bagaimana untuk memulakan pemasaran untuk perniagaan kecil-kecilan di internet.
Gunakan Facebook sebagai medium pemasaran
Jika kita tidak mempunyai bajet yang besar untuk membina website, membuat pengiklanan di Google apatah lagi membuka kedai di luar sana, gunakan Facebook kerana Facebook adalah PERCUMA. Tak ada sebab kenapa kita tak perlu menggunakan Facebook kerana hampir kebanyakan prospek kita sudah pun mempunyai Facebook.
Berbanding medium lain, Facebook adalah medium yang membolehkan anda mendapat respons yang lebih pantas. Dan lebih mudah untuk memasarkan produk/servis kita. Dengan beberapa klik saja, terus boleh dapat apa yang kita nak.
Hasilkan satu Facebook pages untuk produk dan servis kita
Jadikan Facebook pages kita sebagai kedai online kita. Dengan menggunakan Facebook pages, kita boleh mendapatkan lebih banyak prospek /pengikut yang melebihi profil Facebook kita.
Perkongsian melalui Facebook pages adalah lebih senang untuk dilakukan kerana hanya dengan menghasilkan satu status di page, kita akan dapat menyampaikan mesej/produk kita ke seluruh pengguna Facebook yang menjadi pengikut kita hanya dengan satu klik sahaja.
Ramai yang menggunakan Facebook pages berbanding Facebook profile untuk berhubung dengan pelanggan/bakal pelanggan. Antaranya:
Irfan Khairi – https://www.facebook.com/irfankhairi.fb
Dr. Azizan Osman – https://www.facebook.com/AlumniDrAzizan
Majalah Niaga – https://www.facebook.com/MajalahNiaga
Ammar Zahar – https://www.facebook.com/ammarzaharpage
Jootawan – https://www.facebook.com/Jootawan
Dan percaya atau tidak, ramai yang berjaya mendapatkan pelanggan baru hanya dengan bermain di Facebook sahaja.
Jalinkan hubungan dengan pelanggan di Facebook
Setelah berjaya mendapatkan prospek di Facebook, bina hubungan dengan mereka di Facebook. Jangan terus menjual sahaja! Ramai peniaga yang tidak berjaya di Facebook kerana mereka terus menjual tanpa mempedulikan emosi mereka yang mengikuti perkembangan page kita. Jika kita terus menerus menjual di Facebook, maka hadapilah risiko untuk kehilangan prospek secara berterusan.
Banyak teknik yang boleh kita gunakan untuk menjalinkan hubungan dengan prospek di Facebook. Antaranya kita sentiasa boleh bertanyakan khabar dan juga tanyakan soalan yang boleh membuatkan prospek memberi respon kepada setiap post kita.
Di harap dengan cara di atas ini, dapatlah menolong anda semua memulakan perniagaan dan pemasaran di medan Facebook.