[vc_row][vc_column width=”1/1″][vc_column_text]Nak majukan perniagaan secara online tapi tak tahu caranya? Kalau dah tahu pun kadang-kala kita mungkin tertinggal satu dua perkara yang penting. Kali ni saya nak share cara-cara nak majukan perniagaan online kita dengan berkesan.
1. Wujudkan brand kalau masih tiada brand. Asingkan perniagaan daripada orang lain.
Seriously, wujudkan brand. Jangan jadi penjual biasa-biasa saja, jadilah yang lain dari yang lain. Boleh gunakan teknik Purple Cow biar orang nampak lain sikit dari yang lain.
2. Besarkan pemasaran ke Media Sosial yang lain. Jangan bukak FB je banyak lagi pilihan lain.
Gunakan Facebook, Instagram, Twitter, Vine, Youtube dan lain-lain lagi untuk pasarkan produk kita. Tapi jangan main masuk je! Kena tahu di mana pelanggan kita berada. Sebagai contoh, kalau jual fesyen, ramai peminat fesyen sekarang gunakan Instagram untuk follow trend terbaru berkenaan fesyen. Haa boleh singgah situ.
3. Sentiasa engage dengan pelanggan dan jangan lupa berinteraksi selalu
Jangan ingat follower kita di media sosial ramai maka kita dah tak perlu buat pemasaran lagi. NO! Kena engage selalu.. selalulah berinteraksi dengan peminat kita. Jangan tinggal walau sehari pun. Kalau lama sangat tinggal nanti jadi tenggelam timbul.
4. Bagi offer untuk tarik sales kalau sales susah nak dapat.
Apa yang bezakan jualan kita dengan orang lain ialah offer. Apa offer kita boleh bagi dekat orang lain? Cuba bayangkan kita dalam kasut pelanggan, apa yang mereka akan pilih jika diberi pilihan? Yang ada offer ke atau yang takde offer?
5. Berikan hadiah percuma untuk tarik lagi ramai penggila barang free kepada brand kita.
Kadang-kala, hadiah free memang bagus untuk tarik peminat supaya kenal siapa kita. Hadiah yang bagus ni bukanlah kita bagi saja-saja je, kita sebenarnya akan dapat juga maklumat pelanggan yang boleh kita gunakan untuk promosikan balik produk/servis kita kepada mereka.
6. Sentiasa menjalankan promosi walaupun pada awalnya tiada orang yang tengok.
Jangan berhenti buat iklan. Sentiasa jalankan iklan dan promosi. Kalau takde promosi itu yang ramai tak dapat hasil tu. Walaupun rugi pada awalnya, jangan stop! Ia akan datang juga.
7. Jual produk yang orang nak, jangan syok sendiri.
Kalau sebelum ni promosi power pun tapi takde orang beli itu bermakna produk orang tak sukalah tu. Kena ubah strategi. Cuba survey pendapat awam tentang apa yang mereka nak sekarang ni. Dan kita akan dapat jawapannya. Kalau awal-awal dah survey, barulah tak rugi.
8. Repair copywriting iklan sampai power, selagi tak power jangan stop.
Ayat tak power? Ubah sampai jadi. Kalau tak reti nak fikir apa ayat power yang boleh digunakan, cuba tengok iklan orang lain. Selak paper dan tengok ayat-ayat iklan yang lain.
9. Gunakan visual/gambar yang menarik masa buat iklan. Jangan main ambil ringan saja benda ni
Gambar/visual memang akan meninggalkan kesan kepada pelanggan. Kalau gambar tu cantik/menarik memang senang nak tarik orang datang kepada kita melalui visual. Nak lagi best, gunakan warna-warna yang menyakitkan mata.
10. Share testimoni pelanggan yang paling power dan paling original.
Orang suka baca testimoni. Share jangan tak share. Tak kisahlah dari WhatsApp ke, Facebook PM ke atau apa-apa sekalipun. Lagi ori lagi bagus. Kalau dapat video lagi power. Contohnya macam seorang pelanggan saya yang dapat RM7000 hasil dari promosi produk dia menggunakan teknik ini. Kita ambil testimoni dia dan kongsikan cerita dia di media sosial. Barulah orang percaya! Kalau takde testimoni, cuba dapatkan at least satu dulu.
Banyak lagi caranya. Tapi ini antara 10 yang singgah di pemikiran buat masa sekarang ni. Kita jumpa lagi.
Nak share pun boleh, takde hal.[/vc_column_text][vc_separator color=”sandy_brown” align=”align_center” border_width=”2″][vc_column_text]
NAK BERNIAGA DENGAN LEBIH PRO DI INTERNET?
[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_column_text][/vc_column_text][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_column_text]
Dapatkan segera panduan PERCUMA yang mengandungi:
[bullets effect=”none”][bullet icon=”fa-flag” color=”theme”]VIDEO #1 – Problem Bisnes Online[/bullet][bullet icon=”fa-flag” color=”theme”]VIDEO #2 – Strategi Lonjakkan Sales[/bullet][bullet icon=”fa-flag” color=”theme”]VIDEO #3 – Strategi Marketing Mudah[/bullet][/bullets]
Panduan ebook ini hanyalah RM79 PERCUMA untuk masa yang TERHAD sahaja!
KLIK SEKARANG untuk mendapatkannya!
(100+ orang telah mendapatkannya. Jangan tunggu lagi!)
[/vc_column_text][alert type=”alert-info” close=”no”] Cara Mendapatkannya
- Klik butang ini.
- Isikan borang.
- Klik Place Order!
Panduan akan dihantar ke dalam email anda dengan serta-merta![/alert][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]